SpOnSoR

Thursday, May 20, 2010

LaHiRnYa AkU Di DuNiA


Aku merupakan seorang bayi yg sangat comel. Aku diwujudkan dari ibu dan ayahku dengan rasa penuh kasih sayang. Aku dapat rasakan kasih sayang mereka sehingga menjadikan aku dari segumpal darah terus menjadi manusia sempurna.

Pada suatu hari aku diwujudkan dalam perut ibuku. Ketika itu aku mendengar ibuku menyumpah seranah dan menyebut nama seseorang. Adakah itu nama bapaku? aku pn tertanya- tanya. Aku juga merasa ibuku menumbuk perutnya sekuat ati. Sakitku rasakan bukan kepalang.

Sepanjang aku di dalam perut ibuku aku dapat rasakan pelbagai kesakitan menimpa aku. Aku cuma dihapuskan sebelum aku sempat kuar melihat dunia. Namun aku tekad aku akan terus bertahan kerana aku mahu melihat kehidupan yg indah di luar sana.

Hari demi hari, bulan demi bulan aku menanti dan aku rasa kan tidak sabar untuk melihat dunia yg aku sangka indah dan cantik. Aku juga akan mendapat kasih sayang ibu dan ayah ku yang akan menjaga aku dan menatangku bagai minyak yang penuh. Sungguh gembiraku rasakan ketika itu.

Akhirnya hari yang ku tiba tunggu juga. Aku dilahirkan tapi kenapa tempat ni sungguh pelik bagiku. Aku tidak disambut dengan laungan azan oleh seorang bapa sebaliknya aku dilahirkan di tandas. Tapi kenapa? mungkin ibu xsmpt nak ke hospital fikirku. Apabila aku belum sempat aku melihat dunia ku aku terpandang wajah ibuku memandang aku dengan penuh rasa benci. Seronok aku dapat lihat ibuku.

Aku menantikan ibuku mencium dahiku, memeluk tubuhku dan memanggil ku dengan manja. Namun sangkaan ku meleset sama sekali aku di buang ke dalam mangkuk tandas. Aku menangis sekuat hati namun ibuku tidak mempedulikan tangisan aku. Aku terus diseksa, dibunuh sampailah nyawaku hilang,

Aku merasa sangat sedih. Mengapa seorang ibu tergamak melakukan sedemikian dekat seorang anaknya. Aku tidak diberi peluang untuk hidup seperti bayi-bayi dan kanak- kanak yang lain. Aku akan doakan ibu bapaku mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti.AMIN.

p/s: "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." -Surah Al-Israk: ayat 32

1 comments:

^ M r S ShAruL ^ on May 20, 2010 at 1:34 AM said...

hi dalila..jmpa kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino