SpOnSoR

Sunday, November 28, 2010

SyArAt UnTuk BaHaGiA


Setiap insan pastinya inginkan kebahagian dalam hidup...Kebahagian merangkumi semua aspek kehidupan sama ada perkahwinan, kebahagian dalam cinta, memilih pasangan hidup, kerjaya dan macam macam lagi..Mendapat seseorang yang menyintai dan menerima diri kita seadanya merupakan impian setiap insan di dunia ini...Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia.............


1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain. Sangat setuju...kerana kita perlu mengenali dan mengetahui kehendak diri sendiri dulu sblm kita turutkan kehendak kekasih kita...Menyintai kekasih kita sama dengan kita menyintai diri sendiri...tp org skrang..." i love u more than myself, more than everything "  bila putus..merana....:)

2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu. Yup..Love someone for who they are....jgn paksa die untuk jd someone yang korang suka...dan jgn sesekali berubah sbb pasangan kita yg suruh...bcoz..if he/she love u..they will accept everything about u....;)

3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur. Yeah....kalo dating every second boring jugak kan...kalo korang kawin ari2 mengadap..so kena la bahagi kan masa....jgn asik date ngan bf..smpai kawan2 sekeliling terasa ngan sikap korang.. :-*

4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa. Sangat2 setuju....konon2nya nak berkorban sakan la ngan bf/gf tu...tp xkan wat pn....." i sanggup korbankan segala2nya utk u...sbb i sgt syg kan u..."  tu ayat yg sgt cliche....ayat yg paling bodo....blaja dulu ape maksud pengorbanan tu k....kan baru pas raya korban...:P

p/s mmg kita perlukan syarat2 ni utk bahagia....menyayangi pasangan biarlah berpada pada...xpayah nak over sgt...for me...sayangi pasangan kamu 30% sebelum kawin naik 50% bila da tunang....naik 70% bila korang da kawin...and other 30% utk anak2 korang nnt....tp ingat cintailah seseorang kerana ALLAH...insyaALLAH bahagia milik kamu.....

1 comments:

Anonymous said...

I give birth to interpret a only one of the articles on your website at this very moment, and I really like your line of blogging. I added it to my favorites trap page roster and last will and testament be checking assist soon. Cheer check out of order my position as highly and let me be familiar with what you think. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino