SpOnSoR

Thursday, March 31, 2011

TaKkAn PiSaH



Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu tak meredhai
Dengan apa yang kurasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitupun orang tuaku

Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukku

Takkan ada yang bisa pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan kupastikan
Ku kan memeluk mencium di syurga

Jangan kau pergi tinggalkan Aku
Bawa aku kemana kau mau
Janji ku padamu Jiwa dan ragaku
Mati ku pun mau


p/s:  CINTA SEMPURNA hanyalah milik ALLAH...perasaan cinta,benci, sayang sumer dari ALLAH swt...

SeJaRaH ApRiL FoOL


Penah x masa kat sekolah dulu mmbr2 korang wat lawak bodoh yg cam bangang kenakan korang..baju koyak la..buat2 pengsan la...buat2 mati la...dan macam2 lagi April Fool Prank ni...Aku bengang jugak kalo kena April Fool ni..sbb aku xpnh alert ngan tarikh bodo cam april fool ni...SO KAWAN KAWAN n ADIK ADIK aku tersayang pasni xpayah nak berAPRIL FOOL sangat la....sbbNYA baca di bawah..


MaKsUd di WIKIPEDIA:

April Fools' Day is celebrated all around the world on the April 1 of every year. Sometimes referred to as All Fools' Day, April 1 is not a legal holiday, but is widely recognized and celebrated as a day that tolerates practical jokes and general foolishness. The day is marked by the commission of good humoured or funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc. 
(maksudnya april fool yg disambut 1st April setiap tahun ni hari BODOH sedunia la..WTF) sejarah dalam ni pun lain...tak caya bacala: WIKIPEDIA


So ni adalah SEJARAH APRIL FOOL yg aku dapat kat forum jomlayan dan disahkan oleh beberapa website lain..

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.
 
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
 
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
 
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
 
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
 
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
 
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
 
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. 

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April  Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Betapa liciknya kafir menyesatkan umat ISLAM

Tuesday, March 29, 2011

AnDaI Ku MeMiLiKi SeMaLaM


Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apa pun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasih ku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihi ku
Tiada sendu lagi di dunia ku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus ku tanggung
Jika kau pilih perpisahan

Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar
Mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap ku cinta
Kasih sayang ku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan lemah seperti kita
Sekalipun
Ku miliki esok
Takkan ku menolak ketentuan

Sunday, March 20, 2011

"AnJiNg Tu Tak HaRaM..."



Kontrovesi kan tajuk post aku kali ni..??(>_<) aku ada sebuah cerita yg ingin dikongsikan kepada semua..bukan niat utk memburukkan sesiapa tetapi hanya untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada semua terutamanya umat ISLAM...

Aku jadi hairan kenapa sebuah keluarga MELAYU ISLAM sanggup membela anjing...Normal kalo aku dgr bela anjing di luar rumah utk mengawal kebun or jaga rumah..tp abnormal kalo keluarga ISLAM membela anjing di dalam rumah...

Yang bestnya anjing tu siap diletak kat bilik tetamu..dan bila ditanya anjing ni kan haram najis...Jawapan keluarga tersebut simple je.."ANJING NI XNAJIS" aku xtau la fatwa mana yg dipakai...anjing ni mahal RM80, 000....

Sebenarnya islam hanya melarang seorang muslim untuk memeliharanya di dalam rumah, kecuali bila ada manfaatnya untuk menjaga rumah. Dan untuk itu, anjing tidak dipelihara di dalam rumah melainkan di luar rumah. Dan hanya air liur anjing yang di haramkan oleh islam.

Ada sebuah dalil yang sering dijadikan dasar oleh para ulama untuk tidak memelihara anjing di dalam rumah.

Dari Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah SAW menunggu Jibril as pda saat yang telah ditentukan. Namun Jibril tidak datang pada saatnya, sehingga nabi melempar tongkat dari tangannya dan berkata, “Allah tidak mengingkari janjinya, demikian juga dengan rasulnya.” Kemudian beliau SAW menoleh dan mendapati seekor anjing di kolong tempat tidurnya. “Wahai Aisyah, sejak kapan anjing itu masuk ke sini?” Aisyah menjawab, “Aku tidak tahu.” Maka beliau SAW memerintahkan agar anjing itu dikeluarkan. Maka datanglah jibril dan Rasulullah SAW bertanya, “Engkau telah janji dan aku telah duduk menunggu, tapi Engkau tidak datang, mengapa?” Jibril menjawab, “Anjing di dalam rumahmu itu telah mencegahku. Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar.” (HR Muslim)

Secara logik kalo kita letak binatang dalam rumah xmustahil kalo die belai n mandikan binatang tersebut...msti anjing tu berkeliaran dalam rumah....rajin ke die nak menyamak rumah tu tujuh kali dengan air lumpur???cmane nak beribadah nak solat sumer???

Mungkin setengah org benda2 cmni cam remeh..tapi tidak bagi aku...sebagai umah seorang muslim kita kena pastikan umah kita bersih dari segala najis...bukannya menambah najis yg xdiperlukan dalam rumah...barulah selesa kita nak beribadah....

bela kucing je la..cute..(^.^)


p/s: die ada masakkan utk kenduri tahlil...jadi adakah bersih dari segala najis????tangan yg memasak tu bersih ke???betulla kata2 yg penah aku dgr..LIFE IS NOT COMPLICATED PEOPLE, LIFE IS SIMPLE, MAKE IT COMPLICATED....kalo kita ikut semua suruhan dan larangan ALLAH...INSYAALLAH...

Tuesday, March 15, 2011

LeLaki TahU PeReMpUaN TaHu


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

sumber : amirsaid7.com

Monday, March 14, 2011

KasiH PaDa iBu



Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku

Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


p/s: Hargailah ibu anda..sebelum die pergi buat selama-lamanya...ketika itu tiada lagi tempat kita bermanja, mengadu dan meluahkan perasaan..(@_@)

Sunday, March 6, 2011

Air Mata Taubat Mampu Memadamkan Api Neraka


 
Dalam Kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Al Ghazali ada diceritakan sebuah hadis qudsi tentang kebangkitan semula setelah Israfil meniup sangkakala kedua. Tatkala Israil meniup sangkakala kedua, maka bangkitlah sekelian umat manusia dari Nabi Adam AS sehinggalah manusia yang terakhir hidup di muka bumi.

Sewaktu Rasulullah SAW bangkit, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mencari umat baginda.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW telah bertemu dengan umat baginda. Maka dipeluk dan diciumnya seluruh umatnya dengan kasih sayang kerinduan bagaikan seorang ayah yang baru bertemu dengan anaknya kerana terpisah lama.

Tetapi ada satu kelompok dari umat baginda yang terpisah dari Rasulullah SAW oleh satu benteng api.

Datang Jibrail menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail :

Rasulullah SAW :
Mengapa aku dihalang oleh benteng api ini dari menemui umat ku ?

Jibrail :
Mereka adalah umat mu yang engkar kepada titah perintah Allah. Mereka melakukan maksiat dan kemungkaran sepanjang kehidupan mereka. Maka Allah jadikan benteng api ini sebagai pemisah antara diri mu dan mereka.

Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar dipadamkan benteng api tersebut. Malangnya benteng api tersebut semakin marak dan berkobar2. Rasulullah SAW berdoa dengan berwasilahkan keberkatan solat agar dipadamkan benteng api, namun apinya semakin marak. Rasulullah SAW berdoa pula dengan berwasilahkan keberkatan puasa, namun usaha baginda masih gagal. Lantas Rasulullah SAW terus berdoa dengan berwasilahkan keberkatan Al Quran, Zakat, sedekah, zikir dan lain-lain amal ibadah yang dilakukan umatnya. Namun hasil usaha baginda masih gagal.
Maka datanglah Jibrail membawa segelas air, lalu berkata kepada Rasulullah SAW :

Jibrail :
Wahai Rasulullah, gunakanlah segelas air ini untuk memadamkan benteng api tersebut.

Rasulullah SAW :
Wahai Jibrail, mana mungkin segelas air mampu memadamkan benteng api yang marak dan berkobar2.

Jibrail : Gunakanlah segelas air ni wahai Rasulullah, kerana ini adalah perintah Tuhan mu yang juga Tuhan kepada sekelian alam.

Setelah mendengar kata2 Jibrail, Rasulullah SAW terus mencapai air tersebut dan menyiramkannya kepada api yang marak. Sekelip mata, benteng api tersebut terpadam. Tiada lagi rintangan yang menghalang Rasulullah SAW bertemu dengan umatnya.
 
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail : Wahai Jibrail, air apakah ini. Begitu hebat kerana ia mampu memadamkan benteng api yang marak ?

Jibrail :
Wahai Rasulullah, itulah air mata taubat umat mu. HANYA air mata taubat yang mampu memadamkan api neraka.

Semoga apa yang kita kerjakan didunia hari ini tidak menghalang kita dari bertemu Rasullullah di hari kebangkitan semula nanti..... amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino