Last entry aku pasal Hari Kekasih. Byk plak wat entri sal entri ni...camne yerk kita nak xnak bg masyarakat Melayu beragama Islam ni supaya tidak menyambut sambutan Hari Kekasih ni???Perlu ke kita buat undang2 seperti yang dikuatkuasakan di JEDDAH???:
Larang jual hadiah Hari Kekasih.
Saudi sekat produk berbentuk hati, merah hingga selepas 14 Februari.
Jeddah: Suruhanjaya Amal Nakruf Nahi Mungkar (HAIA) mengarahkan kedai bunga dan cenderahati supaya tidak mempamerkan atau menjual produk berwarna merah dan hadiah berbentuk hati sehingga selepas hari kekasih.
Pegawai HAIA akan mengadakan pemeriksaan di kedai beberapa hari sebelum hari kekasih dan memberi arahan kepada penjual supaya tidak menjual apa sahaja produk berwarna merah walaupun hanya terdapat sedikit pun warna itu, ini termasuk bunga mawar, coklat, pembalut hadiah dan patung haiwan.
Kedai- kedai yg menjual barang- barang yang menjual hadiah hari kekasih akan diarahkan tutup dan pekerja dipecat kerana didakwa menggalakan percintaan di kalangan muda- mudi..
ok..opinion aku plak....undang2 cmni mmg praktikal bagi negara yg 100% penduduknya beragama Islam seperti di Arab Saudi..tapi kat Malaysia undang2 ni xberapa praktikal sbb negara kita ni mempunyai pelbagai agama...so bagi sebuah negara yg adil undang2 ni xblh dibuat...lagi satu kat Malaysia ni majoriti perniaga adalah dari kaum cina so pendek kata mmg xpraktikal....
So semua terpulang kat diri sendiri..kita da besar ada otak untuk berpikir, ilmu pun ada blaja tinggi2 so gunalah otak tu dgn cara yg betul dan tolong pk ALLAH dan mak ayah sebelum nak wat sesuatu....aku post2 entry pasal Valentine's Day hanya untuk kita berkongsi ilmu...and sebagai org Islam tegur2lah adik2 kita or sedara mara kita yg terlibat dalam sambutan hari kekasih ni..Semoga mereka kembali ke pangkal jalan...Renung2kan dan selamat beramal...Wallualam...
p/s: aku suka nama suruhanjaya tu...suruhanjaya amal nakruf nahi mungkar...sgt best dan sangat islamic...kalo kat malaysia jabatan apa yer???Jabatan Pencegahan Maksiat yerk???...
0 comments:
Post a Comment