SpOnSoR

Sunday, February 13, 2011

VaLeNtiNe'S DaY AgAin


 Since Valentine's Day akan diraikan Hari ini, lagi skali post aku berkisarkan Valentine Day...Untuk kesedaran kita bersama dan mendapatkan pengetahuan (walaupun aku xde bf utk diraikan hari valentine day ni) kalo ade pn xsmbut la....Sebut pasal Valentine ni semlam aku ada baca paper beberapa petikan2 dari paper:

Sinar Harian 13 Feb 2011 yg berbunyi:

Seorang anak melayu yg menghayati perasaan kebangsaan dan keagamaan bangsanya tidak akan membuat kenyataan umat Islam boleh meraikan Valentine's Day sebagai satu hari istimewa sekalipun mempunyai fikiran liberal atau mengamalkan cara hidup elitis terpisah daripada budaya rakyat biasa.
Kata kata panas ditujukan kepada Ketua Pemuda UMN* (xperlu aku mentionkan namanya).Kata beliau "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut meraikannya" (petikan Star 12 Feb) ---> alamak encik pemuda umn*...beliau kena membaca sejarah valentine's day ni dulu kot..sejarahnya pn ada melibatkan agama nashrani so pk2 lah sendiri..xsambut valentine xsemestinya kita xelit n xberpikiran liberal...kalo nak elit sgt bawak bini g special dinner hari2 kat hotel 5 bintang tu...n jgn tido kat umah..tido kat suite hotel 5 star 365 hari...baru elit...:P

Berita Minggu 13 Feb 2011 yg berbunyi:

Juara Imam Muda Mohd Asyraf Ridzuan berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyeket kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan Hari Kekasih. Katanya "kita menghalang sambutan hari kekasih bukan kerana ia dari Barat tetapi kerana menyalahi ajaran agama Islam. Lagipun kita blh meraikan hari Bapa dan Hari Ibu yg juga amalan masyrakat Barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama Islam. Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang diajarkan agama Islam, katanya lagi..

..........

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” 

p/s: So still nak celebrate Valentine's Day??lagi post mengenainya next entry.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino