SpOnSoR

Friday, February 18, 2011

RaJa LaWaK 5




RAJA LAWAK MUSIM KE 5 KALI NI WAT LAWAK CAM S*AL....BUKAN APE..LAWAK YG DIBUAT OLEH SESETENGAH PESERTA SANGAT LUCAH DAN DOUBLE MEANING....KEPADA PIHAK ASTRO TOLONG AMIK PERHATIAN SBB RL NI DITONTON SEISI KELUARGA....LAWAK DOUBLE MEANING NI XSESUAI......


SAY
NO TO
DOUBLE MEANING

Thursday, February 17, 2011

KasHaF ImAnI



Suppose ari kamis malam jumaat aku layan citer ghost adventure...tp sbb citer tu da xde kat axn tiap2 malam jumaat aku keboringan..then aku tune astro ria...layan citer kashaf imani ni....citer best pulak2 aku tgk kashaf (beto khusairy) cam cute je...google pny google patutla muka kashaf ni cam penah tgk..rupanya die penah berlakon dalam citer Geng Surau...

Imani (Sharifah Amani) leh nampak roh2 org yg mati.....citer yg penuh keinsafan bagi aku...sbb utk menjadi baik dan jahat adalah pilihan kita sendiri....xsemestinya org jahat akan terus jahat n org yg baik akan terus baik..dan xsemestinya org yang jahat tu akan menjadi baik dan org yg baik akan menjadi jahat...dan apabila nyawa dicabut dari badan masa tu kita da xblh bertaubat...kehidupan kita selepas mati bergantung kepada amal ibadat kita..masa tu kita berseorangan xde kawan2 yg teman...

Jalan citer menarik and citer ni leh tahan..tp cam ala2 citer Ghost Whisperer lakonan Jeniffer Love Hewitt.....tapi versi Melayu la...

 
yang best dalam citer ni theme song die....lagu dari opick- tiada duka yg abadi....aku suka sumer lagu opick ni...lagu2 die mmg best...;)





p/s: aku adalah cari maksud nama kashaf ni...tp xde pun...kalo boleh nak bagi nama biarla ade maksud...huhu....

Monday, February 14, 2011

SeLaWat Ke atas Nabi



Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

Memperolehi selawat dari Allah.
Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
Menghapuskan dosa.
Mendapat pertolongan
Tercapai keperluan hidup.
Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
Memperolehi nur zahir dan batin.
Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.

Salam Maulidur Rasul 1432H


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Rabu ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Marilah kita berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Sunday, February 13, 2011

HarI KEKasIh (last entry)


Last entry aku pasal Hari Kekasih. Byk plak wat entri sal entri ni...camne yerk kita nak xnak bg masyarakat Melayu beragama Islam ni supaya tidak menyambut sambutan Hari Kekasih ni???Perlu ke kita buat undang2 seperti yang dikuatkuasakan di JEDDAH???:

Larang jual hadiah Hari Kekasih.
Saudi sekat produk berbentuk hati, merah hingga selepas 14 Februari.

Jeddah: Suruhanjaya Amal Nakruf Nahi Mungkar (HAIA) mengarahkan kedai bunga dan cenderahati supaya tidak mempamerkan atau menjual produk berwarna merah dan hadiah berbentuk hati sehingga selepas hari kekasih.
Pegawai HAIA akan mengadakan  pemeriksaan di kedai beberapa hari sebelum hari kekasih dan memberi arahan kepada penjual supaya tidak menjual apa sahaja produk berwarna merah walaupun hanya terdapat sedikit pun warna itu, ini termasuk bunga mawar, coklat, pembalut hadiah dan patung haiwan.

Kedai- kedai yg menjual barang- barang yang menjual hadiah hari kekasih akan diarahkan tutup dan pekerja dipecat kerana didakwa menggalakan percintaan di kalangan muda- mudi..


ok..opinion aku plak....undang2 cmni mmg praktikal bagi negara yg 100% penduduknya beragama Islam seperti di Arab Saudi..tapi kat Malaysia undang2 ni xberapa praktikal sbb negara kita ni mempunyai pelbagai agama...so bagi sebuah negara yg adil undang2 ni xblh dibuat...lagi satu kat Malaysia ni majoriti perniaga adalah dari kaum cina so pendek kata mmg xpraktikal....

So semua terpulang kat diri sendiri..kita da besar ada otak untuk berpikir, ilmu pun ada blaja tinggi2  so gunalah otak tu dgn cara yg betul dan tolong pk ALLAH dan  mak ayah sebelum nak wat sesuatu....aku post2 entry pasal Valentine's Day hanya untuk kita berkongsi ilmu...and sebagai org Islam tegur2lah adik2 kita or sedara mara kita yg terlibat dalam sambutan hari kekasih ni..Semoga mereka kembali ke pangkal jalan...Renung2kan dan selamat beramal...Wallualam...



p/s: aku suka nama suruhanjaya tu...suruhanjaya amal nakruf nahi mungkar...sgt best dan sangat islamic...kalo kat malaysia jabatan apa yer???Jabatan Pencegahan Maksiat yerk???...

VaLeNtiNe'S DaY AgAin


 Since Valentine's Day akan diraikan Hari ini, lagi skali post aku berkisarkan Valentine Day...Untuk kesedaran kita bersama dan mendapatkan pengetahuan (walaupun aku xde bf utk diraikan hari valentine day ni) kalo ade pn xsmbut la....Sebut pasal Valentine ni semlam aku ada baca paper beberapa petikan2 dari paper:

Sinar Harian 13 Feb 2011 yg berbunyi:

Seorang anak melayu yg menghayati perasaan kebangsaan dan keagamaan bangsanya tidak akan membuat kenyataan umat Islam boleh meraikan Valentine's Day sebagai satu hari istimewa sekalipun mempunyai fikiran liberal atau mengamalkan cara hidup elitis terpisah daripada budaya rakyat biasa.
Kata kata panas ditujukan kepada Ketua Pemuda UMN* (xperlu aku mentionkan namanya).Kata beliau "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut meraikannya" (petikan Star 12 Feb) ---> alamak encik pemuda umn*...beliau kena membaca sejarah valentine's day ni dulu kot..sejarahnya pn ada melibatkan agama nashrani so pk2 lah sendiri..xsambut valentine xsemestinya kita xelit n xberpikiran liberal...kalo nak elit sgt bawak bini g special dinner hari2 kat hotel 5 bintang tu...n jgn tido kat umah..tido kat suite hotel 5 star 365 hari...baru elit...:P

Berita Minggu 13 Feb 2011 yg berbunyi:

Juara Imam Muda Mohd Asyraf Ridzuan berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyeket kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan Hari Kekasih. Katanya "kita menghalang sambutan hari kekasih bukan kerana ia dari Barat tetapi kerana menyalahi ajaran agama Islam. Lagipun kita blh meraikan hari Bapa dan Hari Ibu yg juga amalan masyrakat Barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama Islam. Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang diajarkan agama Islam, katanya lagi..

..........

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” 

p/s: So still nak celebrate Valentine's Day??lagi post mengenainya next entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino