Memandangkan sumer post aku kali ni berkaitan ngan kawin je....sbb kembar aku baru je kawin....so aku nak selitkan ckit tanggungjawab seorang isteri pada suami die....utk tatapan aku yang juga akan bergelar isteri satu hari nanti (kalo dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki) n juga utk tatapan isteri2 (especially ko nana...kalo baca blog aku baca post ni...)
Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab  tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
- Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
 - Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu  datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan  sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada  Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada  Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada  orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun  semasa     ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada  Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan  apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan  pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan  yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya  kepada orang lain.
7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan  perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua  keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang  bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah  melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang  perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi  nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
p/s: besar tanggungjawab nak jd isteri ni...mampu ke aku jd isteri yg baik pada bakal suami aku??insyaallah....aku akan jalankan sumer tanggungjawab aku..... 





0 comments:
Post a Comment