SpOnSoR

Wednesday, September 29, 2010

Berakhirnya Sebuah Kehidupan Di Dunia


SETIAP hari kita mendapat maklumat mengenai kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan sebab berbeza. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia, di mana saja dan bila-bila saja. Tidak kira umur, darjat, tua atau muda miskin atau kaya, kalau ditetapkan dan tertulis dia akan mati..maka die akan pergi juga meninggalkan kita di dunia ini..

Kita yang masih hidup ini. Nak atau xnak kena terima ketentuan, qada' dan qadar dari ALLAH swt..Kisah kematian orang yang sangat dekat dengan aku..Ketika ini perginya seorang anak meninggalkan ibu dan bapanya, perginya seorang adik meninggalkan kakaknya, perginya seorang sepupu meninggalkan sepupu2nya yang lain, perginya seorang anak saudara meninggalkan ibu saudaranya, perginya seorang makcik meninggalkan anak buahnya.

Walaupun pangkat nya hanyalah mak saudara sepupu..Namun keakraban aku dengannya seperti seorang kawan rapat..Aku dan adik beradik menumpang kasih sayang ibu dan bapanya yang aku anggap seperti atok dan nenek sendiri..Dia menumpang kasih sayang adik beradik memandangkan die tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak..Mak n ayah nya menumpang kasih sayang kami memandangkan mereka tidak mempunyai cucu.

Sukar untuk digambarkan hidupnya selama 49tahun hanya menjaga ibu dan bapanya yang telah uzur dan tua. Dia lah yang bawa mak n ayahnya pergi ke klinik berulang alik ke hospital untuk merawat ibu dan bapanya. Dalam diam die juga sebenanrnya menanggung kesakitan. Tanpa aku dan keluarga ku tahu die sebenarnya mengidap kanser payudara. Tapi die tidak menceritakan kepada sesiapa pn sbb die tak nak org tau n tak nak menyusahkan orang.

Perginya tiada ganti. Siapa yang akan menjaga ibu dan ayah nya nanti??Aku tau itulah persoalan yang terngiang ngiang di kepala arwah semasa die sakit di hospital..Pengorbanan die terhadap kedua orang tua nya sangat besar. Dan sekiranya perkara itu berlaku kepada aku belum tentu aku cukup tabah menghadapinya. Belum tentu aku mampu menjaga mak da ayah aku sebaik die..

Tapi semua tu sudah berlalu. Mak dan ayah die perlu juga menjalankan kehidupan seharian tanpanya di sisi..Tanpanya bagai hilang tempat bergantung, hilang sumber kewangan, hilang segala galanya..Hilang tempat bergerak, hilang tempat bermanja, hilang seorang doktor keluarga.....

Mak Ngah damailah engkau di sana..kita mintak maaf kalau ada salah silap kita kat mak ngah..kita akan jadikan mak ngah contoh..mak ngah seorang anak yang sangat baik dan penyabar..seorang anak yang sanggup ketepikan diri sendiri dan mengutamakan mak n ayah mak ngah..Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa mak ngah...Bersemadilah dengan tenang mak ngah...AL- FATIHAH

 “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan” (QS. Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34).



P/S: bila tengok org yang sakit mesti kita akan agak yang sakit ni akan pergi dulu meninggalkan kita...tapi yang pergi dulu orang yang sihat..orang yang sangat diperlukan oleh keluarga...itulah kehidupan..dan xsemua orang dapat menjalani dugaan dan cabaran yang diberikan oleh ALLAH..Semakin banyak ujian ALLAH terhadap kita semakin ALLAH sayangkan kita...


2 comments:

Tajul on October 4, 2010 at 9:56 AM said...

ayah saya meninggal awal taun ni,memang sedih dan susah nak terima.tapi lama-lama,harus terima bahawa ni adalah memang ketentuan tuhan.kita yang hidup ni boleh berikan doa yang mereka sangat perlukan.

DaLiLa on October 4, 2010 at 9:26 PM said...

betul...kita yang hidup ni harus kuat...kan???dan kita juga perlu bersyukur sekurang kurangnya kita masih ada untuk mendoakan arwah...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Twitter

CutE GiFtS

 

M.3.S S.3.N.t.!.M.3.N.t.S Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino